Perubahan MasterChef Australia (siri 12)

Gary Mehigan, George Calombaris dan Matt Preston meninggalkan rancangan ini pada 2019 dan digantikan dengan juri baru Jock Zonfrillo, Melissa Leong dan Andy Allen.[3][4] Bertajuk Back to Win, siri ini melibatkan 24 bekas peserta dari sebelas siri sebelumnya kembali untuk peluang kedua memenangi gelaran MasterChef.[10]

Dalam siri ini, format minggu MasterChef khas sedikit berubah daripada siri sebelumnya, dengan episod Ahad yang menampilkan Cabaran Penyingkiran, Isnin yang menampilkan Cabaran Sajian, Selasa yang menampilkan Ujian Tekanan, hari Rabu yang menampilkan Cabaran Kotak Misteri dan hari Khamis yang menampilkan Cabaran Kekebalan.[11]

Hanya satu Pin Kekebalan yang dapat disambar musim ini dan ia diberi dalam episod pertama siri ini. Selain itu, selain pemenang cabaran imuniti mingguan, semua peserta akan memasuki peringkat penyingkiran setiap minggu dalam cabaran penyingkiran individu. Ketika pandemik koronavirus 2019-20 sedang berlaku, penerbitan rancangan ini tetap diteruskan sambil mengikuti peraturan pihak pemerintah.[12] Ini termasuk pemeliharaan jarak sosial, menyediaka pinggan individu untuk setiap juri bagi hidangan yang akan dicicipi, dan penggunaan sarung tangan ketika mengendalikan bahan. Di samping itu, jumlah kakitangan di set juga telah dikurangkan kepada separuh.[13]

Rujukan

WikiPedia: MasterChef Australia (siri 12) https://10daily.com.au/entertainment/tv/a191009ptf... https://10daily.com.au/entertainment/tv/a200217bwv... https://10daily.com.au/entertainment/tv/a200322quz... https://10play.com.au/masterchef/about https://10play.com.au/masterchef/articles/apply-fo... https://10play.com.au/masterchef/articles/masterch... https://www.hit.com.au/story/masterchef-s-poh-reve... https://www.news.com.au/entertainment/tv/reality-t... https://tvblackbox.com.au/page/2020/3/13/katy-perr... https://tvtonight.com.au/2019/07/masterchef-austra...